Tuesday, June 18, 2013

Hmm, entah bila lah

Im goin no where having this thought and feelin
etnocentric really killin me
how am i suppose to stop it?
God, help me out
sometimes all these come in package
u up and alone
feelin so great and strong
but in the end no walkin pair
floatin in the air
again, cant bear.



Monday, June 17, 2013

Perasaan



Allah,
Dugaan sungguh
Punya perasaan

Allah uji aku begini
Moga aku terus sabar
Kerana tiap orang beda

Kalau bisa aku kambuskan saja
sudah lama berbuat demikian
sungguh,
Berat rasanya.

Allah,
Berilah aku kekuatan
menahan perasaan

Moga aku terus waras
untuk sentiasa memudar.

Thursday, March 14, 2013

Matawang Syurga











Tidak bersedekah dan tidak berjihad, lalu dengan apa anda akan masuk syurga?

Thursday, January 10, 2013

Kisah I

Aku seorang yang sangat random bila berbual.
Aku teringat satu perbualan yang memang terbit secara random dari aku
Perbualan aku bersama ayah

"Ayah, ayah. Ayah tahu tak, petroleum dan gas asli dalam tanah ni sebenarnya terbentuk dari reputan-reputan dinasor dan makhluk zaman dahulu kala?"

*Ayah hanya senyum dan mengiyakan*
Dan aku teruskan berbicara

"Dari tulang-tulang orang-orang yang telah mati jutaan tahun pun boleh menjadi petroleum"

*Ayah menoleh dan tersenyum lagi. Kali ini ayah bersuara*

"Kalau kereta gunakan minyak petroleum, tulang-tulang tu semua dalam kereta kita la ye?"

Terus aku terkedu. Dan aku juga tersenyum. Diam.




Sesungguhnya, Surah Qaf Ayat 4 menjemput kembali kisah ini dalam jiwa ku.

"(Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku)."


Entah, aku mentafsirnya begitu. 



Saturday, January 5, 2013

Cinta Gila

Cinta itu suci
Tapi ramai yang jadi gila kerananya
Seorang pengecut boleh jadi berani
Seorang busuk boleh jadi wangi

Tapi, kalian harus ingat
letaklah cinta di aras tinggi
kerana sudut pandang jadi terbentang
Makanya banyak jalan lain dihadapan

Kalian ambillah yang mana-mana
Tapi yang terbaik ambillah yang ke sana
Jalan satu ke syurga



Friday, January 4, 2013

Antagonis puisi



Bara emosi
Membaca sebuah rindu ibu

Sejuk,
Bagai salju
Menjadi arang dalam hati
Tidak berbekas



Seorang Maryam

Aku cuba menjadi seorang Maryam
Dalam aku mencuba, aku dicubakan
Berkali-kali

Ya Allah
Sukar rupanya menjadi perempuan mulia
Punya hati suci, penuh sabar
Punya jati diri tinggi, penuh kelembutan
Tegas, pintar, kaya kasih sayang.

Ya Allah,
Jauh benar rasanya tak tergapai
Lelah mengunci diri

Ya Allah,
Bantulah aku
Bantulah aku
Bantulah aku





Menjadi perempuan mulia
Semulia Maryam